Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MRT, bas langsung tidak lagi guna sistem tunai pada tahun 2020

Singapura menyasarkan akan sepenuhnya menjadi sistem pengangkutan awam tanpa penggunaan wang tunai menjelang tahun 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2017 04:13PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 10:52PM

SINGAPURA: Singapura menyasarkan akan sepenuhnya menjadi sistem pengangkutan awam tanpa penggunaan wang tunai menjelang tahun 2020. Beberapa inisiatif turut diumumkan hari ini (11 Ogos) bagi menjadikannya suatu realiti.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan TransitLink menyatakan dalam kenyataan media bersama bahawa projek perintis Tiket berdasarkan Akaun, yang sudahpun dilaksanakan sejak bulan Mac tahun ini, menyaksikan penyertaan yang kian meningkat kepada lebih 100,000 dan "maklum balasnya amat menggalakkan".

Kedua-dua pihak sedang bekerjasama untuk melanjutkan projek perintis yang berterusan itu dengan Mastercard menjangkaui tempoh enam bulan yang dirancang sebelum ini dan sedang berunding bagi skim bayaran lain untuk disertakan sekali.

Pihak-pihak tersebut juga menggalakkan para penumpang untuk membuat pembayaran tanpa tunai dengan memperluaskan pilihan bayaran sedemikian bagi urus niaga kad dengan nilai yang disimpan. Salah satu inisiatifnya adalah dengan membatalkan khidmat tambah nilai melalui wang tunai di Pusat Khidmat Penumpang di stesen-stesen MRT.

Usaha ini juga akan dilaksanakan bermula dengan 11 stesen MRT pada 1 September ini.

11 stesen itu adalah Admiralty, Bedok, Bukit Panjang, Buona Vista, Farrer Park, HarbourFront, Hougang, Lakeside, Pasir Ris, Serangoon dan Yew Tee, menurut kenyataan media.

Khidmat tambah nilai dengan menggunakan wang kertas masih disediakan di mesin-mesin tiket dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan Cheers. "Kami akan memantau impak kepada penumpang sebelum membatalkan khidmat menokok nilai melalui wang tunai di PSC di stesen-stesen lain tahun depan," dedahnya.

Kedua-dua pihak juga akan membatalkan pilihan bayaran wang kertas secara bertahap-tahap bagi urus niaga pengangkutan awam, termasuk bayaran tambang bagi dan bagi khidmat kad nilai yang disimpan di stesen kereta api dalam masa beberapa tahun akan datang, menurut kenyataan medianya.

Pengarah Kumpulan unit pembangunan Teknologi dan Industri LTA, Encik Lam Wee Shann berkata: "Matlamat kami ialah menjadi sistem pengangkutan awam tanpa tunai sepenuhnya menjelang 2020 dan kami berazam melakukannya dengan meningkatkan pengalaman menggunakan tiket tanpa tunai untuk semua penumpang."

Beliau turut berkata bahawa tanda aras besar adalah perasmian laluan kereta api tanpa wang tunai bermula tahun 2019 - iaitu laluan Thomson-East Coast.

Sumber : CNA/IM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan