Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM sedang siasat kes lelaki terhempap unit hawa dingin

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang membuat siasatan terhadap kes seorang pekerja asing yang cedera setelah sebuah unit hawa dingin terjatuh dan menghempapnya, pada hari Rabu (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
MOM sedang siasat kes lelaki terhempap unit hawa dingin

Gambar daripada video menunjukkan seorang lelaki diusungkan.

Diterbitkan : 29 Jun 2017 06:58PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 07:00PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang membuat siasatan terhadap kes seorang pekerja asing yang cedera setelah sebuah unit hawa dingin terjatuh dan menghempapnya, pada hari Rabu (28 Jun).

"MOM kini menyiasat insiden tersebut yang berlaku di 3018 Bedok North Street 5," menurut pihak kementerian itu dalam kenyataannya pada hari Khamis.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dengan kecederaan di kepala dan bahunya, selepas unit hawa dingin menghempaonya dari atas di Kilang Perusahaan Eastlink Light di Bedok.

Rakaman video online menunjukkan seorang lelaki yang terbaring di lantai dengan sebuah unit hawa dingin yang kemik kelihatan tidak jauh darinya.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan