Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH: Sistem Awam Hospital Masyarakat akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini

MOH: Sistem Awam Hospital Masyarakat akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
MOH: Sistem Awam Hospital Masyarakat akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini
Diterbitkan : 12 Mar 2015 08:44PM Dikemas Kini : 12 Mar 2015 11:06PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata, satu Sistem Awam Hospital Masyarakat akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini bagi menghubungkan sistem IT hospital berkenaan dengan bekerja rapat dengan institusi-institusi jagaan kesihatan awam.

Semasa membahas peruntukan kementeriannya di Parlimen hari ini, Encik Gan berkata sistem itu akan membantu para karyawan jagaan kesihatan di hospital masyarakat untuk berkongsi maklumat mengenai para pesakit dan meningkatkan pengalaman jagaan mereka.

Para karyawan jagaan kesihatan di hospital masyarakat itu akan mempunyai akses kepada rekod pesakit, keadaan kesihatan serta keputusan ujian.

Selain itu, para pesakit tidak perlu menjalani rawatan seperti ujian makmal yang tidak perlu di hospital masyarakat.

Hospital Masyarakat St Andrew mula menggunakan sistem berkenaan sejak Oktober tahun lalu.

Empat buah lagi hospital masyarakat yang dikendalikan oleh badan-badan amal juga akan menggunakan sistem itu pada separuh kedua tahun ini.

Hospital tersebut adalah Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan, Hospital Ren Ci, Hospital Bright Vision dan Hospital St Luke.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan