Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH nasihat wanita hamil dengan simpton Zika untuk dapatkan ujian

Simpton-simpton Zika termasuk demam dan ruam dan simpton lain termasuk konjunktivitis atau sakit sendi.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH nasihat wanita hamil dengan simpton Zika untuk dapatkan ujian

AFP/Schneyder Mendoza

Diterbitkan : 30 Aug 2016 10:40PM Dikemas Kini : 08 Sep 2016 01:04AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kumpulan Penasihat Klinikal (CAG) mengenai Zika dan kehamilan hari ini (30 Ogos) menggesa semua wanita hamil di Singapura dengan simpton-simpton Zika dan juga mereka yang mempunyai pasangan lelaki diuji positif bagi Zika, untuk diuji bagi jangkitan Zika.

Ini tidak kira sama ada mereka pernah ke kawasan-kawasan terjejas dengan Zika atau tidak, menurut MOH dalam satu kenyataan media.

Simpton-simpton Zika termasuk demam dan ruam dan simpton lain termasuk konjunktivitis atau sakit sendi.

Ujian tidak disarankan bagi wanita hamil lain bagi mereka yang tidak mempunyai simpton-simpton Zika dan mereka yang pasangan lelaki mereka tidak positif mengalami Zika, tambah MOH.

Ujian bagi wanita hamil yang dirujuk doktor mereka, dan memenuhi ciri-ciri tersebut, diadakan percuma di institut jagaan kesihatan awam.

Ini tidak berbeza daripada amalan kini ujian Zika bagi mereka yang menunjukkan simpton-simpton dan mereka yang tinggal, kerja atau belajar di kawasan terjejas dengan Zika.

MOH menyatakan panduan klinikal dikemas kini menyusuli penularan dalam negeri virus Zika di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive.

Ia selaras dengan panduan kini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Panduan itu dikongsi para doktor obstetrik dan sakit puan (O&G), pakar neontologi dan pediatrik dalam Hospital-Hospital Awam, serta juga poliklinik dan klinik doktor keluarga.

CAG MOH mengenai Zika dan Kehamilan bertemu hari ini (30 Ogos) untuk menyemak semula dan mengemas kini panduan itu disebabkan keadaan terkini Zika di Singapura, menurutnya.

Walaupun pada masa ini tiada bukti wanita lebih mudah dijangkiti Zika, akibatnya boleh lebih serius jika wanita hamil terjangkit virus itu kerana Zika boleh menyebabkan mikrosefali kepada janin wanita hamil, tambah MOH.

Mikrosefali adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan saiz kepala lebih kecil berbanding dengan bayi normal.

Menurut MOH, mikrosefali boleh disebabkan oleh pelbagai faktor genetik dan sekitaran, seperti Sindrom Down, pendedahan kepada dadah, alkohol atau toksin lain dalam janin, rubela dan beberapa jangkitan lain semasa kehamilan.

Tiada rawatan khusus bagi keadaan itu, nyata MOH.

Jika pesakit yang hamil disahkan mengalami Zika, beliau akan dirujuk kepada seorang pakar anin untuk kaunseling serta nasihat.

Doktor O&G boleh mengusulkan sesi ultrabunyi secara kerap bagi memantau pertumbuhan dan keabnormalan janin, tambah MOH.

MOH juga akan menguruskan untuk pesakit dimasukkan ke sebuah hospital awam bagi pengurusan dan jagaan rawatan jika perlu.

"Penting untuk memahami, ujian Zika yang positif tidak bermakna janin itu dijangkiti atau dalam bahaya. Bergantung kepada penduduk yang dikaji dan kaedah kajian, risiko mikrosefali yang berkaitan dengan Zika semasa kehamilan dianggarkan berbeza-beza.

"Satu kajian baru-baru ini diterbitkan di New England Journal of Medicine mendapati risiko seseorang ibu yang dijangkiti melahirkan anak dengan mikrosefali, adalah antara satu hingga 13 peratus," menurut MOH. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan