Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minuman kurang gula saja belum cukup jika tidak digabungkan dengan pilihan diet lain

Terdapat banyak faktor yang menjejas pengambilan gula seseorang individu, dan ini menjadikannya sukar untuk menilai kesan langkah untuk mendapatkan syarikat-syarikat pengilang minuman untuk menghasilkan minuman kurang gula, menurut para doktor.

Anggaran Waktu Membaca:
Minuman kurang gula saja belum cukup jika tidak digabungkan dengan pilihan diet lain

Usaha yang lebih banyak akan dijalankan bagi memastikan pengambilan gula dikurangkan, khususnya pada sekolah-sekolah tempatan. (Gambar: Roman Kraft/Unsplash)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 10:08AM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 03:33PM

SINGAPURA: Terdapat banyak faktor yang menjejas pengambilan gula seseorang individu, dan ini menjadikannya sukar untuk menilai kesan langkah untuk mendapatkan syarikat-syarikat pengilang minuman untuk menghasilkan minuman kurang gula, menurut para doktor.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam, pemerintah sudah mendampingi tujuh syarikat minuman, yang secara keseluruhannya membentuk 70 peratus pasaran minuman manis di sini. Kesemua syarikat itu sudah bersetuju untuk mengurangkan gula dalam produk mereka kepada 12 peratus atau lebih rendah menjelang 2020.

Dalam menyokong kempen untuk mengurangkan gula bagi memerangi kencing manis, ibu bapa turut menggesa sekolah-sekolah supaya melakukan lebih lagi untuk menghadkan akses anak-anak mereka kepada minuman manis dan produk-produk sedemikian di kantin sekolah.

Menyentuh tentang rancangan pemerintah bagi syarikat-syarikat minuman, Dr Goh Kian Peang, konsultan kanan di klinik Saint-Julien bagi Kencing Manis dan Endokrinologi di Hospital Mount Alvernia, berkata bahawa pemerintah perlu jelas dalam mesejnya bahawa ini adalah usaha untuk menggalak orang ramai supaya mengurangkan gula dalam diet mereka "sebanyak mungkin".

Pakar perubatan keluarga, Kelvin Goh, daripada Northeast Medical Group, berkata inisiatif ini akan membawa kesan yang lebih besar terhadap mereka yang biasanya meminum minuman sedemikian dan perlu mengurangkan gula dalam diet mereka.

Pakar perubatan keluarga, Jonathan Pang, daripada Everhealth Family Clinic and Surgery, tidak pasti sama ada terdapat kajian yang sedia ada tentang kandungan gula tertentu dalam minuman sedemikian untuk mengurangkan risiko kencing manis.

Di bawah Program Makanan Sihat di Sekolah, gerai-gerai kantin sekolah yang turut serta dalam program tersebut boleh menjual minuman manis yang mengandungi 6g gula atau lebih rendah daripada itu bagi setiap 100ml minuman. Minuman dan pencuci mulut misalnya tidak boleh mengandungi bahan-bahan manis seperti buah dalam tin yang direndam dalam sirap.

Pada hujung 2015, 85 peratus daripada 670 ibu bapa yang ditinjau oleh sekolah berkata bahawa anak-anak mereka minum lebih banyak air putih daripada minuman manis.

Dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan, PM Lee mengatakan bahawa semua pengilang minuman bergas di Singapura bersetuju untuk mengurangkan kadar gula dalam semua minuman yang dijual di sini, dedah PM Lee. Ini adalah satu cara bagi membantu para pengguna mengurangkan kadar gula dan Pemerintah sedang "mencari cara-cara untuk melawan kencing manis".

Namun akhirnya, pemakanan sihat adalah pilihan peribadi dan ia berbalik kepada usaha membuat keputusan yang disiplin, kata PM Lee, sambil merujuk kepada contoh ayahnya, mendiang Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.
 

Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan