Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA: S'pura "kecewa" dengan "laporan tidak bertanggungjawab" Global Times

Duta Singapura ke China meluahkan kekecewaannya terhadap satu laporan oleh akhbar China, Global Times, yang mendakwa Singapura berkelakuan tidak wajar di Sidang Puncak Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang diadakan di Venezuela baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
MFA: S'pura "kecewa" dengan "laporan tidak bertanggungjawab" Global Times

Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengadakan sidang puncak di Venezuela. (Gambar: AFP/Ronaldo Schemidt)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 02:27PM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 02:28PM

SINGAPURA: Duta Singapura ke China meluahkan kekecewaannya terhadap satu laporan oleh akhbar China, Global Times, yang mendakwa Singapura berkelakuan tidak wajar di Sidang Puncak Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang diadakan di Venezuela baru-baru ini.

Dalam surat yang dikirimkan kepada ketua editor Global Times, Hu Xijin, Duta Stanley Loh menyangkal laporan akhbar itu, dan berkata ia "mendakwa tindakan-tindakan dan kata-kata tertentu dikeluarkan oleh Singapura, sesuatu yang palsu dan tidak berasas."

Laporan tersebut, yang diterbitkan online pada 21 September, menyatakan Singapura mahu menyertakan kedudukan Filipina tentang pertikaian Laut China Selatan dalam Dokumen Muktamad NAM pada saat-saat akhir, yang dibantah oleh banyak negara.

Hasilnya, delegasi Singapura di sidang puncak itu tidak puas hati dan membalas dengan komen-komen "tidak sesuai" semasa perbincangan, dakwa laporan itu. Laporan tersebut juga mendakwa Singapura secara terbuka mencabar kedudukan pengerusi NAM, Venezuela, atas perkara itu.

"Singapura bertindak atas kepentingan diri dan menyebabkan banyak perbincangan berlarutan hingga lewat malam, hingga membuat banyak negara tidak puas hati," dakwa laporan berkenaan.

Tambahan lagi, laporan Global Times menyatakan reaksi Singapura terhadap keputusan Hague tentang Laut China Selatan adalah "mengecewakan", terutama kerana ia merupakan negara penyelaras bagi hubungan ASEAN-China.

Membalas laporan itu, Encik Loh dalam suratnya berkata saranan untuk mengemaskini perenggan-perenggan Asia Tenggara dalam Dokumen Muktamad NAM itu tidak dilakukan pada saat-saat akhir, mahupun dilakukan oleh mana-mana negara individu ASEAN.

Delegasi Singapura juga tidak membangkitkan isu Laut China Selatan mahupun keputusan tribunal tersebut di Sidang Puncak NAM, katanya.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan