Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski kurang bukti terhadap manfaat minyak kelapa, permintaan tempatan mungkin tidak akan merosot

Malah, satu tinjauan Mediacorp di pasar raya dan kedai-kedai barangan organik mendapati bahawa permintaan bagi minyak kelapa nampaknya tidak akan merosot pada masa yang terdekat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Meski kurang bukti terhadap manfaat minyak kelapa, permintaan tempatan mungkin tidak akan merosot

Minyak kelapa semakin menjadi pilihan alternatif popular di kalangan penduduk Singapura. (Gambar: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 13 Aug 2017 09:10PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:11PM

SINGAPURA: Pertama kali Shawn Dass mendengar mengenai keajaiban minyak kelapa ialah daripada kawannya dua tahun yang lalu.

Sejak sekian lama, beliau mengalami jangkitan sinus atau resdung dan mencari jalan untuk mengurangkan kesakitannya.

Selepas membuat kajian secara online, Encik Dass menemui laman dan artikel mengenai bagaimana jangkitan sinus boleh dihilangkan dengan minum minyak kelapa mentah.

Minyak kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan paras kadar kolesterol.

Malah, satu tinjauan Mediacorp di pasar raya dan kedai-kedai barangan organik mendapati bahawa permintaan bagi minyak kelapa nampaknya tidak akan merosot pada masa yang terdekat.

NTUC FairPrice memberitahu Mediacorp bahawa ia mula membekalkan minyak kelapa sekitar lima tahun lalu bagi "memenuhi permintaan popular".

Namun bagi sebilang pelanggan seperti Encik Dass, "kisah cintanya terhadap minyak kelapa" berakhir dengan kepahitan apabila satu laporan dikeluarkan Persatuan Jantung Amerika Syarikat (AHA) Jun lalu.

Menurut laporan itu dengan menggantikan lemak jenuh dengan lemak yang lebih sihat dalam diet seseorang, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau jantung sama seperti ubat statin, yang diberi para doktor kepada pesakit untuk mengurangkan paras kolesterol.

Apa yang menarik dalam laporan itu adalah ia tidak menggalak orang ramai minum minyak kelapa, yang dikatakan mngandungi 82 peratus lemak jenu - lebih tinggi berbanding mentega, minyak sawit dan lemak khinzir.

PAKAR: MINYAK KELAPA TAMBAH LEMAK BAIK DAN JUGA SEBALIKNYA

Lemak jenu diketahui menambah risiko penyakit kardiovaskular kerana ia meningkatkan lipoprotein pekatan rendah (LDL) atau juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'. Minyak kelapa yang tergolong dalam lemak jenu dipercayai meningkatkan LDL.

Namun para pengkaji juga mendapati, minum minyak kelapa juga meningkatkan lipoprotein pekatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dalam tubuh seseorang.

Pengurus Jabatan Pemakanan dan Diet Mount Alvernia Sarah Shamila berkata para penyokong minyak kelapa hanya memilih untuk mempercayai dapatan bahawa kerana ia meningkatkan HDL maka minyak kelapa mungkin bantu meningkatkan kesihatan jantung seseorang. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan