Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mereka yang lahir sebelum 1962 punya pilihan untuk daftar semula NRIC

Mulai tahun depan, rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang lahir sebelum 1962 diberi pilihan untuk mendaftar semula kad pengenalan (NRIC) mereka, demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 10:51AM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:29PM

SINGAPURA: Mulai tahun depan, rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang lahir sebelum 1962 diberi pilihan untuk mendaftar semula kad pengenalan (NRIC) mereka, demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (23 Nov).

Buat masa ini, semua warga dan Penduduk Tetap Singapura perlu mendaftar untuk mendapatkan NRIC apabila berusia 15 tahun. Mereka kemudian harus mendaftar semula apabila berumur 30 dan 55 tahun. Pemohon akan diberikan NRIC yang mempunyai gambar terkini mereka, lantas memudahkan mereka dikenal pasti.

Bagaimanapun mereka yang dilahirkan sebelum 1962 tidak termasuk di bawah pendaftaran semula yang diwajibkan mulai Januari tahun ini ke atas mereka yang mencecah 55 tahun. Proses itu hanya menjejas mereka yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1962.

Pengumuman terbaru ICA ini membolehkan mereka yang lahir sebelum 1962 dan belum menukar NRIC mereka sejak 10 tahun lalu untuk berbuat demikian.

Mereka yang layak akan menerima surat pemberitahuan dari ICA.

Bayaran pendaftaran bersubsidi S$10 akan dikenakan bagi warga Singapura dan S$50 bagi PR untuk mendaftar semula NRIC mereka dalam tempoh setahun dari tarikh surat pemberitahuan. Selepas itu, bayaran penuh sebanyak S$60 akan dikenakan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan