Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menteri Pendidikan Palestin kunjungi S'pura untuk belajar dari negara ini

Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Penguasa Kebangsaan Palestin (PNA), Sabri Saidam sedang melakukan lawatan tiga hari ke Singapura mulai hari ini (31 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pendidikan Palestin kunjungi S'pura untuk belajar dari negara ini

Pemangku Menteri Pendidikan Ong Ye Kung bersama Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Penguasa Kebangsaan Palestin Sabri Saidam. (Gambar: MOE)

Diterbitkan : 31 Oct 2016 10:58PM Dikemas Kini : 31 Oct 2016 11:00PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Penguasa Kebangsaan Palestin (PNA), Sabri Saidam sedang melakukan lawatan tiga hari ke Singapura mulai hari ini (31 Okt).

Tujuan lawatan itu adalah untuk belajar tentang pendekatan Singapura terhadap pendidikan dan latihan teknikal dan kejuruan (TVET), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Dr Saidam berada di Singapura atas undangan Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung di bawah naungan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkatkan Singapura (ETAP) untuk warga Palestin, menurut MFA.

Dr Saidam diiringi para pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi PNA dan Kementerian Buruh.

Lawatannya itu menyusuli lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Wilayah Palestin pada April tahun ini, dan ketika itu PM Lee mengesahkan komitmen Singapura untuk menyokong orang-orang Palestin dalam pembangunan keupayaan.

Petang tadi, delegasi PNA bertemu dengan Encik Ong. Kedua-dua menteri melahirkan sokongan mereka bagi kerjasama antara Singapura dan PNA dalam TVET menerusi ETAP, menurut MFA.

MFA menambah bahawa delegasi itu akan mengunjungi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan akan diberi taklimat tentang pendekatan Singapura terhadap menggalak pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran menerusi gerakan SkillsFuture.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan