Menteri China, Jepun dan Korea Selatan melawat beberapa stesen Laluan Downtown
Delegasi dari China, Jepun dan Korea Selatan yang kini di Singapura bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN, meluangkan masa melawat beberapa stesen Laluan Downtown.
SINGAPURA: Delegasi dari China, Jepun dan Korea Selatan yang kini di Singapura bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN, meluangkan masa melawat beberapa stesen Laluan Downtown.
Stesen Kaki Bukit adalah antara 16 stesen Laluan Downtown yang akan dibuka hujung minggu ini. Ia dibina oleh China State Construction Engineering Corporation Limited, yang memenangi kontrak bernilai hampir $94 juta.
Delegasi China yang melawat stesen Kaki Bukit itu diketuai oleh Naib Menteri Pengangkutan Dai Dongchang. Mereka disambut Pengerusi LTA Alan Chan, dan dibawa melawat sekitar stesen dan kereta api.
Sementara itu, delegasi dari Jepun melawat stesen Bencoolen yang dibina oleh konsortium Jepun Sato Kogyo.
Sedalam 43 meter, stesen Bencoolen adalah stesen paling dalam di Singapura. Ia dibina pada kedalaman sedemikian untuk menampung terowong Utara-Selatan dan Laluan Circle yang sedia ada.
Delegasi Korea Selatan pula melawat Stesen Upper Changi yang siap dibina oleh Samsung C and T Corporation. Kesemua 16 stesen akan dibuka kepada orang ramai pada hujung minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.