Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mekanik cedera terkena silinder CNG melantun di bengkel kereta Ang Mo Kio

Jurucakap Esteem Performance berkata pihaknya sedang menilai kerosakan akibat insiden tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Mekanik cedera terkena silinder CNG melantun di bengkel kereta Ang Mo Kio

Para pegawai SCDF memberi bantuan perubatan kepada seorang mekanik di Ang Mo Kio. (Gambar: Sukhbir Singh)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 03:33PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 03:34PM

SINGAPURA: Seorang mekanik cedera dalam satu kemalangan di sebuah bengkel kereta yang terletak di taman perindustrian Ang Mo Kio pagi tadi (22 Jun).

Seorang saksi, Encik Sukhbir Singh, memberitahu Mediacorp beliau terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat mangsa terkena silinder gas asli mampat (CNG).

Silinder itu meletup dan menghempap mekanik berkenaan di bengkel Esteem Performance, menurut Encik Singh yang berada di sana untuk meletakkan kereta beliau.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada pukul 10.45 pagi.

Mekanik tersebut, seorang lelaki dalam lingkungan usia 40an, berada dalam keadaan sedarkan diri semasa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.

Menurut seorang jurucakap Esteem Performance, injap silinder itu rosak, menyebabkan alat tersebut melantun dan terkena mekanik berkenaan sebelum merempuh siling bengkel.

Silinder itu kemudian melantun dan terkena siling bengkel sebelah sebelum terjatuh menghempap sebuah kereta.

Jurucakap Esteem Performance berkata pihaknya sedang menilai kerosakan akibat insiden tersebut. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan