Images
  • parminder singh
    Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp, Parminder Singh. (Gambar: Mediacorp)

Mediacorp lantik Parminder Singh teraju pertumbuhan pendapatan, transformasi digital

SINGAPURA: Mediacorp melantik Parminder (Parry) Singh sebagai Ketua Pegawai Komersil dan Digital, juga merupakan pelantikan terbaru yang mencerminkan usaha berterusan syarikat itu untuk kekal relevan dalam era digital.

Encik Singh mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan digital, penjualan dan pemasaran.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun berkhidmat dalam syarikat-syarikat global termasuk Apple dan IBM. Encik Singh sebelum ini bertugas di Twitter, di mana beliau adalah Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Timur Tengah & Afrika Utara dan India, dan di Google sebagai Pengarah Urusan, Penjualan Huraian Paparan, Asia Pasifik.

Dalam kiriman memo kepada semua kakitangan, Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp, Shaun Seow memberi penghargaan kepada Shane Mitchell, yang menerajui Kumpulan Digital Mediacorp sejak dua tahun lalu, dan Jack Lim, yang mengetuai Kumpulan Komersil Mediacorp, atas sumbangan mereka.

Encik Mitchell melepaskan jawatan baru-baru ini selepas keluarganya memutuskan untuk berpindah ke Hong Kong dan akan terus berkhidmat selama tiga bulan lagi bagi menamatkan beberapa projek pembangunan.

Encik Lim kini sedang bercuti dan akan meninggalkan Mediacorp pada bulan Jun. 

- CNA/im

Top
>