Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp hasilkan koleksi pakaian Hari Raya berjenama 'Manja'

Koleksi pakaian Manja, yang didedahkan semasa acara jamuan teh Hari Ibu petang tadi (30 Apr), merupakan satu kerjasama dengan sebuah hab e-dagang tempatan. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, Bahagian Melayu Mediacorp menghasilkan koleksi pakaian wanita dan lelaki untuk musim Hari Raya tahun ini.

Koleksi pakaian Manja, yang didedahkan semasa acara jamuan teh Hari Ibu petang tadi (30 Apr), merupakan satu kerjasama dengan sebuah hab e-dagang tempatan.

Malah Mediacorp juga sudah punya rancangan untuk mengeluarkan satu lagi koleksi pakaian santai selepas Syawal.

800 SERTAI ACARA HARI IBU MEDIACORP

Selama tiga jam hari ini, para ibu tidak kering gusi dengan gelagat deejay-deejay dan selebriti.

Acara yang diadakan di Orchard Hotel dan disertai 800 hadirin ini turut menampilkan penyanyi dari seberang Zarul Umbrella.

Lebih menarik lagi, acara kali ini turut mendedahkan buat pertama kalinya koleksi pakaian Hari Raya Manja untuk wanita dan lelaki oleh stesen televisyen Suria, radio Warna dan Ria.

Ia merupakan kerjasama pertama Bahagian Melayu Mediacorp dengan sebuah hab e-dagang bagi pakaian sopan tempatan MODESTyle.

"Ini merupakan satu usaha terusan dan juga usaha menambah nilai jenama Manja. Dan kami harap dengan koleksi pakaian jenama Manja ini mendapat sokongan daripada masyarakat umum dan bertepatan dengan citarasa pencinta fesyen hari ini," ujar Ketua Bahagian Melayu Mediacorp Zakiah Halim.

"Koleksi ini sangat istimewa dan sangat unik. Kami menggunakan jenis kain yang mewah dan memberikan harga yang paling berpatutan kepada penonton Manja. Koleksi ini ada banyak warna, bertepatan dengan trend masa kini dan menceriakan musim Hari Raya tahun ini." kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODESTyle Timothy Chen.

Koleksi pakaian Hari Raya ini yang datang dengan 20 jenis rekaan berharga antara $49-$99.

Ia akan terdapat sekitar dua minggu sebelum Ramadan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan