Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MDA ingin gilap bakat tempatan, rangsang kandungan inovatif

Penguasa Pembangunan Media (MDA) kini sedang menimbangkan beberapa idea di bawah Pelan Induk Media Infokom.

Anggaran Waktu Membaca:
MDA ingin gilap bakat tempatan, rangsang kandungan inovatif
Diterbitkan : 10 Mar 2015 08:00PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 08:01PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Media (MDA) kini sedang menimbangkan beberapa idea di bawah Pelan Induk Media Infokom.

Ini bagi menggilap bakat tempatan dan merangsang pembangunan dan pengedaran kandungan inovatif yang dihasilkan di Singapura.

Salah satu daripadanya ialah membangunkan Ruang Pencipta di Singapura.

Semasa membahaskan peruntukan bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan di Parlimen hari ini, Menteri MCI, Dr Yaacob Ibrahim berkata, idea selanjutnya ialah untuk memupuk sektor filem digital dan video dengan cara yang lebih holistik menerusi peningkatan kerjasama dalam masyarakat.

Menurut Dr Yaacob, MDA akan bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk menganjurkan kelas-kelas pakar dan bengkel-bengkel yang dapat menajamkan lagi kemahiran para pencipta untuk menerbitkan kandungan lebih baik yang dapat mendampingi lebih ramai penonton di platform-platform digital.

Dr Yaacob turut memberitahu Parlimen bahawa Disney's Maker Studios adalah rakan pertama di bawah inisiatif tersebut.

Disney's Maker Studios juga merupakan salah satu rangkaian berbilang saluran antarabangsa yang terbesar di dunia dari segi kandungan video digital.

Lebih banyak perincian mengenai kerjasama itu akan didedahkan tidak lama lagi.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan