Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MCI akan labur $250 juta dalam program-program Penyiaran Khidmat Awam

Pemerintah akan melaburkan sebanyak $250 juta dalam program-program Penyiaran Khidmat Awam (PSB) setiap tahun bagi tempoh lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Mar 2015 08:22PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 11:22PM

SINGAPURA: Pemerintah akan melaburkan sebanyak $250 juta dalam program-program Penyiaran Khidmat Awam (PSB) setiap tahun bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ini berbanding $195 juta setiap tahun sejak tiga tahun lalu. Menteri Kedua Perhubungan dan Penerangan, Lawrence Wong mendedahkan demikian di Parlimen hari ini semasa perbahasan bagi peruntukan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Encik Wong berkata sokongan terhadap pembangunan wadah online bagi program-program PSB juga akan dipertingkat bagi meluaskan jangkauannya.

Menurut Encik Wong, PSB "mencerminkan serta membentuk" budaya dan identiti selain dapat berhubung dengan orang ramai. Ini lebih-lebih lagi dengan penduduk Singapura yang berbagai latar belakang.

Bagaimanapun, persekitaran media serta amalan menonton televisyen hari ini sudah berubah. Rakyat tempatan kini mempunyai akses kepada program-program dari seluruh dunia menerusi pelbagai wadah.

Beliau berkata jangkauan televisyen siaran percuma merosot dari 92 peratus pada 2005 kepada 66 peratus tahun lepas.

Oleh itu, katanya, pemerintah perlu masuk campur dan melaburkan lebih banyak dalam program-program PSB yang bermutu.

Encik Wong berkata ada tanda-tanda bahawa sokongan dana yang meningkat itu sudah mula menunjukkan hasil.

Program Channel NewsAsia 'Days of Rage' misalnya, diterima baik oleh para penonton.

Sementara itu, sebuah lagi dokumentari baru, 'Wild City', akan menggunakan teknologi canggih dan akan membuat para penonton lebih menghargai alam sekitar.

Beliau menambah bahawa pelaburan untuk PSB tersebut tidak hanya menguntungkan penyiar, malah industri penerbitan TV yang lebih luas.

Ini kerana projek-projek sedemikan selalunya melibatkan pengambilan khidmat dari syarikat-syarikat penerbitan dari luar.

Melangkah ke hadapan, Encik Wong berkata pemerintah akan terus menyokong MediaCorp dalam mempertingkatkan lagi 'Toggle' - satu wadah online yang menyediakan program-program hiburan, maklumat serta PSB tempatan.

Beliau berkata kementeriannya juga akan terus meneroka peluang penerbitan program PSB dengan rakan-rakan kongsi media baru yang lain.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan