Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat dua lelaki Malaysia, tragedi sampan karam ditemui

Mayat dua lelaki yang hilang selepas sampan mereka karam berdekatan Middle Rocks sudah ditemui.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat dua lelaki Malaysia, tragedi sampan karam ditemui

Pegawai Tentera Laut Singapura yang menyertai operasi menyelamat berdekatan Pedra Branca. (Gambar: Facebook / Ng Eng Hen)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 10:36PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 10:37PM

SINGAPURA: Mayat dua lelaki yang hilang selepas sampan mereka karam berdekatan Middle Rocks sudah ditemui.

Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini (13 Dis).

Kedua-dua lelaki Malaysia itu dilaporkan hilang pada Ahad lalu (10 Dis) selepas sampan mereka karam 0.8 batu nautika dari tenggara Pedra Branca.

Satu mayat ditemui di Pantai Pengudang di Pulau Bintan menurut pihak berkuasa Indonesia memberitahu MPA malam semalam.

Sekitar 2.30 petang hari ini, pihak berkuasa Indonesia memberitahu MPA bahawa pihaknya menemukan satu lagi mayat di laut utara Bintan.

Kedua-dua mayat dikenal pasti oleh anggota keluarga sebagai nelayan Malaysia Encik Chang Chong Kuok dan Encik Tan Soon Heng.

Operasi mencari dan menyelamat bagi warga Malaysia itu dihentikan pada 3.00 petang, menurut MPA. Operasi tersebut, yang juga melibatkan pihak berkuasa dari Malaysia dan Indonesia diselaraskan oleh Singapura.

"Bagi pihak semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, MPA mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang tersayang," kata ketua eksekutif MPA Andrew Tan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan