Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maxwell Chambers diperluas; kukuhkan kedudukan S'pura sebagai hab pelerai pertikaian

Maxwell Chambers akan diperluaskan lagi berikutan permintaan yang tinggi bagi ruang pejabat di bangunan barunya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2017 07:09PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 11:04PM

SINGAPURA: Maxwell Chambers akan diperluaskan lagi berikutan permintaan yang tinggi bagi ruang pejabat di bangunan barunya.

Kementerian Undang-Undang menyatakan 65% daripada ruang pejabat baru di 28 Maxwell Road itu sudahpun diisi sebelum kerja-kerja naik taraf dimulakan lagi.

Maxwell Chambers merupakan pusat penghuraian pertikaian di daerah Tanjong Pagar.

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi, kementerian itu akan membina blok annex kedua bagi menambah ruang pejabat seluas 3,500 kaki persegi, di samping ruang 120,000 kaki persegi yang sudah dirancang pada awalnya.

Bangunan Red Dot Traffic yang ikonik itu juga dinamakan semula sebagai Maxwell Chamber Suites.

Apabila siap pada 2019, Maxwell Chamber Suites akan menyediakan laluan jalan kaki yang dibuka 24 jam bagi memudahkan perjalanan antara stesen Tanjong Pagar dan kawasan Chinatown.

Rancangan perluasan baru itu diumumkan hari ini (22 Jun) semasa majlis pecah tanah bangunan baru itu.

Ia bermatlamat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai sebuah pusat penghuraian pertikaian bertaraf antarabangsa.  

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan