Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Cina yakin S'pura di bawah kepimpinan Halimah Yacob akan terus maju, berkembang pesat

SFCCA menambah bahawa jawatan Presiden menjadi lambang identiti berbilang kaum yang harmoni negara ini dan ia yakin dengan kemampuan Cik Halimah untuk mencapai visi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Cina yakin S'pura di bawah kepimpinan Halimah Yacob akan terus maju, berkembang pesat

Cik Halimah Yacob berinteraksi dengan sebuah keluarga. (Gambar: Facebook/ Halimah Yacob)

SINGAPURA: Persekutuan Singapura bagi Persatuan Suku Kaum Cina (SFCCA) mengucapkan tahniah kepada Cik Halimah Yacob selepas beliau diisytihar sebagai Presiden kelapan Singapura.

Demikian menurut satu kenyataan media SFCCA yang dikeluarkan hari ini (13 Sep).

"SFCCA ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Halimah dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya. Pengalaman beliau yang luas pasti satu manfaat dalam membina keupayaan masyarakat untuk pembangunan negara dan juga memperjuangkan negara yang inklusif dan padu," menurut SFCCA yang juga menarik perhatian pencapaian Cik Halimah sebagai Presiden wanita pertama.

SFCCA menambah bahawa jawatan Presiden menjadi lambang identiti berbilang kaum yang harmoni negara ini dan ia yakin dengan kemampuan Cik Halimah untuk mencapai visi itu.

"Masyarakat Cina yakin di bawah kepimpinan Cik Halimah, Singapura akan terus maju dan berkembang sebagai negara yang bersatu," tambah SFCCA.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan