Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Al-Istighfar akan dinaik taraf, 10 lagi masjid dipertingkat ikut jadual

Masjid Al-Istighfar akan dinaik taraf untuk menampung lebih ramai jemaah, dengan kerja-kerja peningkatan dijadual bermula dalam separuh pertama 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Istighfar akan dinaik taraf, 10 lagi masjid dipertingkat ikut jadual

Masjid Al-Istighfar. (Gambar: Masjid Al-Istighfar)

Diterbitkan : 31 Jul 2015 05:21PM Dikemas Kini : 02 Aug 2015 08:54AM

SINGAPURA: Masjid Al-Istighfar akan menjalani kerja-kerja naik taraf untuk menampung lebih ramai jemaah, bermula separuh pertama tahun depan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan demikian dalam ucapannya yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris di majlis perjumpaan Hari Raya di hotel Ritz- Carlton, Millenia Singapore, malam ini.

PM Lee Hsien Loong, Dr Yaacob Ibrahim dan para AP Melayu lain di majlis perjumpaan Hari Raya di Ritz-Carlton, Millenia Singapore. (Gambar: Nursha Ismail)

(Gambar: Nursha Ismail)

Buat masa ini, Masjid Al-Istighfar yang terletak di Pasir Ris Drive 3 berupaya menampung sekitar 3,500 jemaah pada satu-satu masa, namun bilangan jemaah sudah meningkat.

Masjid setinggi tiga tingkat yang dibangunkan pada 1999 itu akan menjalani program peningkatan dalam dua fasa.

Ini bermula dengan pembinaan ruang solat sementara bersebelahan Masjid Al-Istighfar pada separuh pertama tahun depan, yang berupaya menampung lagi 500 jemaah.

Selepas itu, ruang tambahan tetap pada bangunan masjid tersebut akan dibina, yang dijangka akan memperluaskan lagi ruang solat di masjid tersebut.

KERJA NAIK TARAF 10 LAGI MASJID MENGIKUT JADUAL

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menambah keselesaan jemaah dan menangani masalah kekurangan ruang solat, Dr Yaacob juga mendedahkan bahawa kerja-kerja naik taraf bagi 10 lagi masjid akan selesai mengikut jadual dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Masjid-masjid itu adalah Masjid Sultan, En-Naeem, Haji Yusoff, Salim Mattar, Al-Falah, Wak Tanjong, Al-Muttaqin, Al-Khair, Malabar dan Darul Ghufran.

"Kami sudah berusaha untuk membina dan mengukuhkan institusi-institusi kami. Masjid-masjid kita sentiasa dekat dan peka kepada keperluan masyarakat, dan pada masa yang sama, diuruskan dengan cara profesional," ujar Dr Yaacob.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan