Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masih ada yang kurang jelas tentang pindaan undang-undang jenayah siber di kalangan syarikat

Masih terdapat beberapa perkara yang kurang jelas tentang bagaimana pindaan Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA) akan menjejas perniagaan-perniagaan di negara ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Masih ada yang kurang jelas tentang pindaan undang-undang jenayah siber di kalangan syarikat

(Gambar Hiasan: AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 08:01PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 08:04PM

SINGAPURA: Masih terdapat beberapa perkara yang kurang jelas tentang bagaimana pindaan Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA) akan menjejas perniagaan-perniagaan di negara ini.

Demikian menurut pihak-pihak industri yang berkepentingan, dengan seorang pemimpin perniagaan menggesa supaya undang-undang itu diperjelas dengan lebih baik.

Encik Ken Soh, CIO kumpulan BH Global, penyedia khidmat kepada industri marin, luar pesisir, minyak dan gas memberitahu Mediacorp menerusi satu wawancara emel bahawa beberapa pindaan undang-undang itu jelas, seperti permohonan luar daerah bagi kesalahan CMCA yang menyebabkan bahaya serius kepada Singapura.

Namun menurut beliau, ada juga beberapa pindaan lain berkaitan penggunaan maklumat peribadi yang tidak jelas.

Misalnya, penyalahgunaan maklumat kad kredit adalah perbuatan jenayah yang jelas, kata Encik Soh. Namun jika pangkalan data pemasaran yang kelihatan sah mengandungi data peribadi yang diperolehi menerusi cara yang salah, adakah ini bermakna penggunanya akan didakwa, tanya beliau.

Pengerusi Cyber Security Chapter di Persekutuan Teknologi Infokom Singapura (SiTF), Cik Tammie Tham mengakui terdapat beberapa "kebimbangan awal" daripada anggotanya yang mengatakan mereka mungkin secara tidak sengaja melanggar undang-undang semasa menggunakan peralatan penggodaman.

Sebagai sebahagian daripada tugasan mereka, sesetengah daripada mereka menggunakan maklumat peribadi yang digodam bagi analisis forensik atau memuat turun peralatan penggodaman untuk mempelajari bagaimana mereka berkerja, kata Cik Tham.

"Kami sudahpun memberikan maklum balas kepada pemerintah tentang kebimbangan itu dan diberi jaminan bahawa mereka akan memahami tugas kakitangan kami," kata beliau. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan