Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos: Belia kongsi idea rangsang pelestarian alam sekitar

Menggalak golongan belia supaya mengongsi idea mereka mengenai pemuliharaan alam sekitar dengan satu sama lain akan mendorong mereka agar mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap usaha menjaga dan melindungi alam sekitar.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos: Belia kongsi idea rangsang pelestarian alam sekitar

Anggota panel bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli. (Gambar: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 09 Apr 2016 07:37PM Dikemas Kini : 09 Apr 2016 07:40PM

SINGAPURA: Menggalak golongan belia supaya mengongsi idea mereka mengenai pemuliharaan alam sekitar dengan satu sama lain akan mendorong mereka agar mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap usaha menjaga dan melindungi alam sekitar.

Demikian menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli hari ini (9 Apr) di Forum Sekitaran Belia ASEAN Campur Tiga Plus.

Singapura menjadi tuan rumah kepada forum tersebut buat julung-julung kalinya, yang berlangsung dari semalam hingga esok.

Forum itu adalah sebagaian daripada Hari Alam Sekitar untuk Belia yang dianjurkan setiap tahun oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan NEA, yang akan disambut pada 22 April ini.

Di Forum tersebut, Encik Masagos menekankan adalah penting untuk memastikan agar golongan muda terlibat sama dalam mewujudkan sekitaran yang mampan.

Seramai 150 belia dari Singapura serta negara-negara anggota ASEAN yang lain dan China membincangkan bagaimana masyarakat-masyarakat dan syarikat-syarikat di negara masing-masing boleh mengamalkan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Contohnya, IKEA merancang untuk menghasilkan perabot rumah yang boleh membantu mengurangkan sisa serta menjimatkan pengunaan air dan tenaga.

Isu-isu lain yang ditimbulkan termasuk bagaimana para belia boleh melindungi alam sekitar dan memberi inspirasi kepada para belia yang lain untuk sama-sama turut serta. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan