Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masa bersama keluarga kunci hubungan kukuh bapa & anak

Kunci hubungan kukuh antara bapa dan anak bermula dengan masa yang dihabiskan bersama sebagai satu keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2017 11:01PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 11:06PM

SINGAPURA: Kunci hubungan kukuh antara bapa dan anak bermula dengan masa yang dihabiskan bersama sebagai satu keluarga.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan Jin, di acara Hari Bapa yang dianjurkan di Kampus Mediacorp hari ini (18 Jun).

Bagaimanapun, mengimbangi antara pekerjaan dan keluarga kekal menjadi cabaran bagi segolongan bapa.

Sebuah tembok di acara itu melambangkan janji seorang bapa untuk lebih terlibat dalam kehidupan anaknya - suatu aksi yang disedari para bapa sebagai paling penting dalam pembangunan seseorang anak.

Untuk menyokong, pemerintah akan terus menggalakkan para bapa supaya menyertai lebih banyak kegiatan memupuk hubungan dengan anak.

Encik Tan mengingatkan peri pentingnya para bapa menghabiskan masa bersama keluarga, baik dalam kegiatan seperti hari ini dan lebih-lebih lagi dalam kegiatan seharian.

Namun untuk melakukannya, mungkin tidak semudah yang diharapkan kerana ia bukan sekadar untuk mencari masa, ia menjadi cabaran untuk segolongan bapa, terutama yang mempunyai anak istimewa.

Bapa seperti ini perlu mengambil cuti kerja, dan membelanjakan lebih banyak wang untuk menjaga anak - menurut kalangan bapa yang menghadiri suatu sesi dialog tertutup baru-baru ini.

Namun masih ada ruang untuk lebih banyak syarikat menerapkan dasar-dasar di tempat kerja yang menyediakan susunan kerja fleksibel.

Dan pemerintah juga akan terus menggalak inisiatif-inisiatif yang mendorong para ibu bapa mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang memupuk hubungan dengan anak. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan