Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS: Sekarang bukan masanya longgarkan kawalan terhadap pasaran hartanah

Pasaran hartanah di Singapura "sudah kembali stabil" sejak tiga tahun kebelakangan ini, tetapi ini bukan masanya untuk melonggarkan kawalan terhadap pasaran hartanah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2017 08:09PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:55PM

SINGAPURA: Pasaran hartanah di Singapura "sudah kembali stabil" sejak tiga tahun kebelakangan ini, tetapi ini bukan masanya untuk melonggarkan kawalan terhadap pasaran hartanah. Demikian menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon hari ini (29 Jun).

Berucap di pelancaran laporan tahunan MAS bagi tahun 2016/2017, Encik Menon berkata langkah-langkah kawalan terhadap pasaran hartanah masih diperlukan walaupun terdapat permintaan yang kukuh bagi hartanah privet dari pembeli rumah dan pelabur.

Buat jangka masa yang sederhana, harga hartanah akan selari dengan trend pendapatan ekonomi, kata Encik Menon.

Harga hartanah perumahan merosot sebanyak 12 peratus selama 14 suku tahun yang lalu, setelah ia naik sebanyak 60 peratus selama 17 suku tahun.

Bagaimanapun kata Encik Menon, pembelian hartanah perumahan pada akhirnya dibiayai oleh pendapatan pembeli, dan ia bergantung kepada pertumbuhan GDP.

"Jika harga hartanah meningkat lebih cepat daripada pertumbuhan nominal GDP secara berkelalan, pembeli akhirnya akan mengambil lebih banyak hutang daripada yang mampu mereka membayar semula dengan pendapatan mereka," kata beliau.

Encik Menon menambah penyesuaian yang dilakukan oleh Pemerintah awal tahun ini "tidak memberi isyarat bahawa sudah bermulanya kelonggaran terhadap langkah-langkah mengawal harga hartanah", tetapi ianya dilakukan atas sebab-sebab spesifik.

Pada bulan Mac tahun ini, Pemerintah menurunkan tempoh dan kadar Cukai Setem Penjual. Manakala pinjaman mengeluarkan ekuiti gadai janji mengikut nisbah 50 peratus atau kurang, dikecualikan daripada rangka Nisbah bayaran Hutang keseluruhan.

SEGMEN EKONOMI KEKAL LEMAH

Beralih ke ekonomi Singapura, Encik Menon mengatakan GDP negara ini dijangka tumbuh 1 hingga 3 peratus tahun ini, dengan kemungkinan kuat ia akan melebihi daripada 2 peratus yang dicatat tahun lalu.

Pertumbuhan bagaimanapun tidak rata di semua sektor, tetapi ia dijangka "akan meluas ke seluruh ekonomi," tambah beliau.

Meskipun sektor perdagangan menjadi pemacu utama, beliau mengatakan kumpulan domestik tidak tumbuh dengan baik dan beberapa sektor akan kekal lemah.

Kedudukan dasar kewangan kini, yang diletakkan sejak April 2016, sudah membantu mengurangkan tekanan disinflansi terhadap ekonomi, Encik Menon kata.

Kadar inflasi teras MAS dijangkakan mencapai purata 1 hingga 2 peratus tahun ini, naik 0.9 peratus pada tahun 2016. Sementara CPI-Inflasi Semua Barangan dijangka akan berada di paras 0.5 kepada 1.5 peratus, naik daripada -0.5 peratus tahun lalu.

Encik Menon mengatakan pendirian dasar kewangan "kekal sesuai untuk masa yang panjang," kerana kadar inflasi yang stabil dan prospek pertumbuhan pada tahun 2017.  

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan