Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS dijangka tidak ubah dasar kenaikan mata wang Singapura

Seperti yang dijangkakan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar tukaran mata wang asing dalam semakan semasa semakan dwi-tahunannya hari ini (13 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
MAS dijangka tidak ubah dasar kenaikan mata wang Singapura

Logo MAS. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/Files)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 04:02PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 05:19PM

SINGAPURA: Seperti yang dijangkakan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar tukaran mata wang asing dalam semakan dwi-tahunannya hari ini (13 Okt).

Ini meskipun anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan ekonomi Singapura tumbuh 4.6 peratus dalam suku ketiga, meningkat lebih cepat berbanding 2.9 peratus yang dicatatkan suku sebelumnya.

Dalam kenyataannya, MAS menyatakan ia akan mengekalkan dasar "kenaikan sifar" kadar tukaran asingnya.

MAS menambah ekonomi Singapura mencatat prestasi "lebih baik sedikit daripada jangkaan" sejak ia bermesyuarat pada April, manakala kadar inflasi berada pada paras dalam jangkaan.

Ia menjangkakan pertumbuhan GDP seluruh tahun berada di lingkungan 2 hingga 3 peratus.

Bagi tahun 2018, ekonomi Singapura dijangka berkembang pada kadar yang stabil meski pada rentak lebih perlahan.

Inflasi teras - salah satu pertimbangan utama dalam penggubalan dasar MAS - dijangka terus stabil sepanjang tahun depan walaupun ia berpotensi naik sedikit kepada kurang 2 peratus dalam jangka sederhana.

MAS menggunakan kadar tukaran sebagai alat dasar kewangan utama untuk mengimbangi antara inflasi dari luar negara dan pertumbuhan ekonomi. Kadar itu dibiarkan terapung dalam jalur asas yang bank pusat itu boleh selaraskan apabila ia mengkaji dasar kewangan.

Dolar Singapura ditutup bercampur-campur menyusuli pengumuman itu.

Setelah mencecah paras tinggi 1.3549 berbanding dolar Amerika, dolar Singapura naik sedikit kepada 1.3532 sebelum ditutup pada paras 1.3544 sekitar 10.20 pagi tadi.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan