Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS denda StanChart, Coutts kerana langgar peraturan anti-pelaburan dana haram berkaitan 1MDB

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda S$5.2 juta terhadap Bank Standard Chartered yang melanggar 28 peraturan anti pengubahan wang haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2016 09:41AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 01:10AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda S$5.2 juta terhadap Bank Standard Chartered yang melanggar 28 peraturan anti pengubahan wang haram.

Coutts & Co juga didenda S$2.4 juta. Pelanggaran itu berkaitan dengan aliran dana syarikat pelaburan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MAS juga memberi notis Perintah Larangan terhadap bekas pengarah Goldman Sachs Singapura, Tim Leissener kerana membuat kenyataan palsu bagi pihak syarikat itu tanpa izin.

1MDB melibatkan Goldman Sachs untuk mengatur tiga tawaran bon dari 2012 hingga 2013.

Bagi Bank Standard Chartered, hasil siasatan mendapati "kelemahan besar" dalam langkah langkah kawalan dan pemantauan. MAS mengarahkan bank itu supaya mengambil tindakan disiplin terhadap para pegawainya yang gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

Di samping itu, sebuah pihak bebas perlu dilantik untuk mengesahkan langkah-langkah pembetulan dilaksanakan dengan berkesan, dan melaporkan dapatannya kepada bank pusat.

Bagi kes Coutts & Co, MAS mendapati 24 pelanggaran anti pengubahan wang haram berhubung dengan langkah-langkah kawalan untuk orang-orang yang terdedah kepada politik.

Bekas pegawai Coutts, Yak Chee Yew dipenjara 18 minggu dan denda S$24,000 selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan.

Yak memalsukan surat rujukan untuk keluarga hartawan Malaysia Jho Low dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan melibatkan berpuluh-puluh juta dolar yang disalurkan menerusi bank BSI di Singapura.

MAS menyatakan ia sedang menyiapkan pemeriksaan penyeliaan ke atas institusi institusi kewangan Singapura yang ada aliran dana berkaitan dengan 1MDB.

Hasil kemas kini akan disediakan pada awal tahun depan. 

Sumber : CNA/im/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan