Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan didenda S$15,000 kerana tidak bayar gaji pembantu rumah selama setahun

Seorang wanita rakyat Singapura didapati bersalah dan didenda sebanyak S$15,000 kerana gagal untuk membayar gaji pembantu rumahnya selama setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan didenda S$15,000 kerana tidak bayar gaji pembantu rumah selama setahun

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 13 Sep 2017 04:30PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 04:32PM

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Singapura didapati bersalah dan didenda sebanyak S$15,000 kerana gagal untuk membayar gaji pembantu rumahnya selama setahun.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (13 Sep) menyatakan Li Jun gagal untuk membayar pembantu rumah asing bagi gaji bulannya, ($420) daripada 7 Mac 2016 hingga 21 Februari 2017.

Li meminjam sejumlah S$5,700 kepada pembantu rumahnya, yang sudah dibayar sepenuhnya pada 7 September. Sebagai ganti kepada denda tersebut, dia boleh menghadapi hukuman penjara selama enam minggu.

Dengan mengingatkan para majikan bahawa mereka dikehendaki di sisi undang-undang untuk membayar pembantu rumah mereka tepat pada waktunya, Cik Jeanette Har, pengarah bagi Jabatan Kesejahteraan di Bahagian Pengurusan Tenaga Manusia MOM, berkata satu pilihan untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku ialah dengan mengaturkan bagi pemindahan bank yang dijadualkan.

Pembantu rumah yang tidak mendapat gajinya mereka tepat pada waktunya seharusnya membuat aduan tersebut kepada MOM, atau mendapatkan bantuan daripada agensi pekerjaan mereka.

MOM juga menggalak orang awam untuk membuat aduan kepada mereka jikalau orang awam mengetahui sesiapa yang menyekat gaji pembantu rumah mereka.

Aduan boleh dibuat di mom_fmmd [at] mom.gov.sg atau telefon di 6438 5122. 

Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan