Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah tolak rayuan Tan Cheng Bock mengenai Pilihan Raya Presiden

Mahkamah Rayuan pada Rabu (23 Ogos) menolak rayuan Encik Tan Cheng Bock terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggugurkan permohonan beliau mencabar dasar Pilihan Raya Presiden akan datang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2017 02:23PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:44PM

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan pada Rabu (23 Ogos) menolak rayuan Encik Tan Cheng Bock terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggugurkan permohonan beliau mencabar dasar Pilihan Raya Presiden akan datang.

Ini disahkan Timbalan Peguam Negara Hri Kumar kepada Mediacorp.

Mahkamah sebelum ini menunda penghakiman permohonan rayuan Encik Tan pada Julai lalu.

Mediacorp juga difahamkan bahawa mahkamah menetapkan Parlimen tidak menyalahi undang-undang untuk mengira penggal terakhir Presiden Wee Kim Wee sebagai penggal pertama, untuk tujuan menentukan pilihan raya yang diperuntukkan bagi sesebuah kaum.

Dr Tan mencabar keputusan Pemerintah untuk mengadakan Pilihan Raya Presiden pada September ini yang peruntukkan untuk calon Melayu.

Ini menyusuli pindaan terhadap Perlembagaan yang diluluskan pada tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Dr Tan pada 7 Julai, dan beliau kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu pada 12 Julai, kepada Mahkamah Rayuan. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan