Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M Ravi didakwa sengaja menyebabkan kecederaan, ganggu ketenteraman awam

Ravi yang sebelum ini Ketua Pengurusan Pengetahuan dan Strategi Bersekutu di Eugene Thuraisingam LLP dipecat pada Jun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M Ravi didakwa sengaja menyebabkan kecederaan, ganggu ketenteraman awam

Gambar fail peguam M Ravi. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 09:47PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 09:48PM

SINGAPURA: Peguam M Ravi ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) selama dua minggu pada hari ini (12 Ogos) selepas didakwa atas tiga insiden.

Ravi, 48 tahun, didakwa hari ini atas dua tuduhan mengganggu ketenteraman awam di Kuil Sri Mariamman pada 31 Julai dan 11 Ogos tahun ini, satu tuduhan dengan sengaja mencederakan seorang peguam, Jeannette Chong-Aruldoss pada 8 Ogos dan satu tuduhan bertindak secara terburu-buru hingga mencederakan seorang lagi peguam Nakoorsha Abdul Kadir pada hari yang sama.

Dalam insiden 8 Ogos pada sekitar 11.00 pagi, Ravi didakwa menolak Cik Chong-Aruldoss sehingga jatuh di luar pejabatnya di Eugene Thuraisingam LLP yang terletak di bangunan The Adelphi di Coleman Street.

Cik Chong-Aruldoss mengalami kecederaan di bahu kanannya.

Dalam satu catatan Facebook pada hari insiden itu, Cik Chong-Aruldoss menulis bahawa beliau sedang ke pejabatnya apabila Ravi menghampiri beliau dengan "tiga lelaki bertubuh besar" dan menolaknya ke lantai.

Ravi juga didakwa melontar sebuah beg ke arah Encik Nakoorsha, seorang rakan kerja Cik Chong-Aruldoss, pada hari yang sama.

Di Kuil Sri Mariamman, Ravi didakwa dengan dua tuduhan mengganggu ketenteraman awam kerana menggunakan kata-kata kesat kepada orang ramai di kuil itu sebanyak dua kali.

Ravi ditahan di IMH selama dua minggu hari ini dan kesnya akan didengar lagi pada 25 Ogos.

Ravi yang sebelum ini Ketua Pengurusan Pengetahuan dan Strategi Bersekutu di Eugene Thuraisingam LLP dipecat pada Jun lalu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan