Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Loji penyulingan air laut dan tawar dijadual siap pada 2020

Kerja membina loji penyulingan air pertama Singapura yang boleh merawat kedua-dua air laut dan air tawar, sudah bermula. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2017 07:26PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:30PM

SINGAPURA: Kerja membina loji penyulingan air pertama Singapura yang boleh merawat kedua-dua air laut dan air tawar, sudah bermula.

Loji Penyulingan Air Keppel Marina East itu dijadualkan siap dalam tahun 2020.

Ia akan menambah lagi 30 juta gelen air sehari kepada bekalan air negara ini.

Terletak berhampiran kawasan laut dan Kolam Air Marina, loji itu boleh merawat kedua-dua air laut dan air tawar, tetapi tidak secara serentak.

Loji di Marina East itu juga yang pertama mempunyai ruang hijau di bahagian bumbungnya boleh digunakan orang ramai untuk beriadah.

Di upacara pecah tanahnya hari ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli berkata air sulingan memainkan peranan penting dalam memastikan negara mempunyai bekalan air dari pelbagai sumber dan mampan.  

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan