Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ling Bee Sian menang Anugerah Ibu Teladan anjuran Jamiyah

Seorang ibu tunggal, Cik Ling Bee Sian, ditabalkan sebagai pemenang Anugerah Ibu Teladan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 09:12PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 09:20PM

SINGAPURA: Seorang ibu tunggal, Cik Ling Bee Sian, ditabalkan sebagai pemenang Anugerah Ibu Teladan tahun ini.

Cik Ling menerima Perisai Presiden, hadiah wang tunai S$6,000, plak dan sijil, yang disampaikan Presiden Tony Tan Keng Yam. Anugerah Ibu Teladan dianjurkan Jabatan Keluarga dan Wanita Singapura Jamiyah.

Cik Ling dipilih kerana cekal mengharungi pahit getir hidup, membesarkan anak-anak yang akhirnya berjaya dalam kehidupan dan berkerjaya. Bahkan, beliau sendiri berjaya mendaki tangga kejayaan dan kini menyandang jawatan Pengarah dalam sektor pemerintah.

Mula diperkenalkan pada 1993, Anugerah Ibu Teladan kali ke-24 tahun itu terus mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum.

Seramai 65 ibu cemerlang yang menjadi contoh baik kepada keluarga dan masyarakat dicalonkan tahun ini. Semua finalis memperagakan busana khas bagi pertunjukan fesyen amal yang julung-julung kalinya diadakan sempena acara ini.

Tiga pereka fesyen setempat bekerjasama dengan pelukis batik tersohor Encik Sarkasi Said untuk menghasilkan busana yang melambangkan masyarakat berbilang kaum di sini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan