Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lew Chuen Hong dinamakan Ketua RSN yang baru

Beliau akan menggantikan RADM Lai Chung Han pada 16 Jun ini sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan kepimpinan yang berterusan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menurut MINDEF.

Anggaran Waktu Membaca:
Lew Chuen Hong dinamakan Ketua RSN yang baru

RADM Lew Chuen Hong, yang pada masa ini Ketua Kakitangan - Kakitangan RSN, akan dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN). (Gambar: MINDEF)

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (22 Mei) menamakan Laksamana Muda (RADM) Lew Chuen Hong, 40 tahun, sebagai Ketua Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) yang baru.

Beliau akan menggantikan RADM Lai Chung Han pada 16 Jun ini sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan kepimpinan yang berterusan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menurut MINDEF.

Dalam satu kenyataan media, MINDEF menyatakan Ketua RSN yang baru itu menyertai SAF pada 1995.

Beliau yang sebelum ini Ketua Kakitangan - Kakitangan RSN sejak Ogos 2016, dianugerahkan Biasiswa Luar Negara SAF.

Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Biologi serta juga Sarjana Pengurusan dan Zamil Sloan dari Universiti Stanford.

Ketua RSN sekarang, RADM Lai, telah memegang jawatan itu sejak Ogos 2014.

MINDEF, menyebut kejayaan RADM Lai dalam menerajui misi RSN di kedua-dua operasi serantau dan antarabangsa sebagai antara pencapaian beliau.

RADM Lai juga memimpin Jawatankuasa Keselamatan Maritim berbilang agensi dalam mempertingkatkan langkah-langkah menangani pengganasan maritim dan kegiatan pelanunan di Singapura. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan