Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Leon Perera antara anggota WP ditawarkan kerusi NCMP, nama Gerald Giam tiada

Pegawai Pilihan Raya mengisytiharkan 3 anggota Parti Pekerja (WP), Lee Li Lian, Dennis Tan dan Leon Perera sebagai calon-calon yang dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi atau NCMP.

Anggaran Waktu Membaca:
Leon Perera antara anggota WP ditawarkan kerusi NCMP, nama Gerald Giam tiada

NCMP (dari kiri) Dennis Tan, Leon Perera dan Lee Li Lian.

Diterbitkan : 16 Sep 2015 06:33PM Dikemas Kini : 16 Sep 2015 06:41PM

SINGAPURA: Pegawai Pilihan Raya mengisytiharkan tiga anggota Parti Pekerja (WP), Lee Li Lian, Dennis Tan dan Leon Perera sebagai calon-calon yang dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi atau NCMP.

Ini selepas parti itu memutuskan untuk mencadangkan Encik Perera bagi kerusi tersebut.

Encik Perera menganggotai pasukan Parti Pekerja yang telah bertanding di GRC East Coast.

Kerusi NCMP ditawarkan kepada calon-calon pembangkang yang tewas, yang mendapat peratusan undi tertinggi.

Parti Pekerja menang 6 kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini, hasil kemenangannya di GRC Aljunied dan SMC Hougang.

Cik Lee Li Lian yang bertanding di SMC Punggol East tewas kepada Encik Charles Chong dari PAP, setelah meraih 48.2 peratus undi.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Cik Lee berkata, beliau tidak akan menerima kerusi NCMP itu kerana beliau menghormati pilihan yang telah dibuat oleh para pengundi.

Menulis di laman Facebooknya, Parti Pekerja menyatakan, kerusi itu akan diisi oleh Dr Daniel Goh, seorang lagi anggota pasukan East Coast, sekiranya parlimen memutuskan untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Cik Lee.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan