Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang menyamar sebagai wartawan untuk tipu penjaja dipenjara 6 bulan

Seorang lelaki Malaysia dikenakan hukuman penjara enam bulan pada Jumaat (22 Sep) kerana menyamar sebagai seorang wartawan dari akhbar harian petang Cina, Shin Min, dan menipu para penjaja di Singapura sebanyak S$5,400.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang menyamar sebagai wartawan untuk tipu penjaja dipenjara 6 bulan

Pasar dan Pusat Makanan Tiong Bahru. (Gambar: Kevin Lim)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 02:37AM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 03:06AM

SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia dikenakan hukuman penjara enam bulan pada Jumaat (22 Sep) kerana menyamar sebagai seorang wartawan dari akhbar harian petang Cina, Shin Min, dan menipu para penjaja di Singapura sebanyak S$5,400.

Goh Ting Chee, 39, mendekati pemilik Tong Kee Cooked Food di Pasar Tiong Bahru pada Mei 2017. Dia memberitahu pemilik Tan Shen Chang gerainya dipilih bagi pensijilan kerana menjadi antara yang terbaik di Singapura.

Goh meminta Tan untuk menyediakan tiga hidangan untuknya pada keesokan harinya. Tan bersetuju, dan Goh kembali pada hari berikutnya dengan sebuah komputer riba dan kamera DSLR.

Dia memberitahu Tan dia akan mewawancaranya dan menulis ulasan untuk dimuat naik online, dan bahawa dia akan memberikan "sijil penghargaan makanan" pada 2017, 2018 dan 2019.

Goh meminta Tan sebanyak S$2,900 sebagai bayaran bagi "yuran penyenggaraan" bagi laman itu di mana ulasan itu akan diterbitkan. Tan kemudian menghulurkan wang itu.

Goh berkata bahawa Tan boleh melakukan pencarian Google bagi ulasan itu selepas 3 Jun tetapi tidak memberinya sebarang alamat laman.

Pada April 2017, Goh menghubungi pemilik Xiang Lai Herbal Bak Kut Teh di Bukit Panjang Ring Riad, Yeo Yeow Siang, dan berkata bahawa beliau dipilih untuk ditampilkan di laman Malaysiabest.my jika beliau sanggup membayar S$2,900.

Lebih sebulan kemudian, pada bulan Mei, Goh mendekati Yeo sekali lagi, dengan mengatakan sebuah syarikat yang dikenali sebagai "Alexis Food Industry" berminat untuk menyertai perjanjian francais dengan gerainya.

Dia meminta Yeo untuk menyediakan perjanjian francais itu dalam masa dua hari, atau membayarnya S$2,800 untuk membuatkan bagi pihaknya. Yeo akhirnya membayarnya S$2,000. Dakwaan menipu ketiga yang melibatkan S$500 turut diambil semasa beliau dijatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya, Stephanie Chew menggesa supaya hukuman penjara lapan bulan dikenakan ke atas Goh, kerana kesalahan-kesalahannya jelas dirancang terlebih dahulu.

Goh malah berusaha memaparkan dirinya selaku wartawan Shin Min Daily, kata DPP Chew.

Selain itu, tiada wang yang dikembalikan kepada mangsanya. Atas kesalahan menipu, Goh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan