Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang letakkan pencungkil gigi di tempat duduk bas awam mengaku salah

Seorang warga Singapura berusia 60 tahun, mengaku salah kerana "perbuatan nakal" selepas dia ditangkap kerana meletakkan pencungkil gigi (toothpick) di tempat duduk bas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang letakkan pencungkil gigi di tempat duduk bas awam mengaku salah

Cungkil gigi yang didapati dalam bas. (Gambar: Shervella Wong/Facebook)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 10:00PM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 10:02PM

SINGAPURA: Seorang warga Singapura berusia 60 tahun, mengaku salah kerana "perbuatan nakal" selepas dia ditangkap kerana meletakkan pencungkil gigi (toothpick) di tempat duduk bas.

Lim Lye Seng mengaku akan kesalahannya di Mahkamah Daerah dan diminta hanya didenda, walaupun pendakwa raya meminta pesalah dipenjara. Hukuman bagi perbuatan tersebut boleh mengakibatkannya dipenjara sehingga satu tahun.

"Saya memohon belas kasihan anda," rayu Lim kepada mahkamah melalui seorang penterjemah. Lim kini menyara kehidupan dua anaknya yang masih kecil dan menampung kehidupan ibu-bapanya yang sudah tua.

Lim mencucuk pencungkil gigi di tempat duduk bas selama empat kali di antara bulan Julai dan Ogos, dan memberitahu para penyiasat bahawa dia hanya ingin "bergurau" kerana berasa bosan, menurut pendakwa raya.

Kes ini diketengahkan apabila seorang pengguna Facebook memuat naik gambar tiga batang tusuk gigi yang menembusi kerusi sebuah bas. Gambar tersebut terus menjadi viral.

Hukuman terhadap Lim akan dijatuhkan pada bulan November nanti.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan