Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki yang dera anak perempuan secara seksual dijel 23.5 tahun, dirotan

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang mendera secara seksual anak perempuan kandungnya selama bertahun-tahun, dijatuhi hukuman penjara 23 setengah tahun serta 24 sebatan rotan hari ini (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang dera anak perempuan secara seksual dijel 23.5 tahun, dirotan

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 06:18PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 06:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang mendera secara seksual anak perempuan kandungnya selama bertahun-tahun, dijatuhi hukuman penjara 23 setengah tahun serta 24 sebatan rotan hari ini (20 Mac).

Dia pada bulan lalu didapati bersalah atas 10 tuduhan mendera anak perempuannya berkali-kali selama lebih dua tahun, dari 2011 hingga 2014.

Para pendakwa raya menuntut agar lelaki itu dipenjara 24 tahun dan disebat 24 kali, sambil berkata si bapa tidak menunjukkan rasa kesal dan betapa dia tenggalam dalam "kehinaan" hingga mengemukakan pembelaan diri yang "menyakitkan hati".

"CERITA REKAAN SEMATA-MATA"

Di perbicaraannya, si bapa berhujah bahawa satu prosedur membesarkan zakar yang dijalaninya menyebabkan zakarnya menjadi cacat hingga "mustahil" dia boleh melakukan kesalahan-kesalahan itu.

"Ini cerita rekaan semata-mata," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) April Phang, sambil menyifatkan pembelaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak dipertimbangkan dengan betul."

Keengganan si bapa untuk mengaku melakukan penderaan itu menyebabkan "kanak-kanak malang itu terpaksa menceritakan semula pengalaman memalukan itu", kata DPP Phang. "Ia nasib malang mangsa untuk mendapat seseorang yang lucah sebagai seorang bapa," tambahnya.

Peguam tertuduh, Richard Siaw, berhujah bahawa hukuman penjara 18 tahun dan 24 sebatan rotan sudah mencukupi, namun menambah anak guamnya akan mengemukakan rayuan tanpa mengira keputusan mahkamah.

"KATA-KATA TIDAK BOLEH UNGKAPKAN APA DIA LAKUKAN"

Dalam kenyataannya, mangsa, kini berusia 16 tahun, berkata bapanya "menyakitinya jauh lebih mendalam berbanding apa yang boleh dibayangkan sesiapapun."

"Kata-kata tidak boleh ungkapkan apa yang dia lakukan terhadap saya," katanya.

Remaja itu, yang didera sejak usianya 11 tahun hingga beliau menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya pada usia 13 tahun, berkata beliau masih mengalami mimpi buruk tentang bapanya dan apa yang berlaku masih segar dalam ingatannya.

"Saya mahu dilindungi daripadanya buat selama-lamanya," katanya.

"MANA MUNGKIN SAYA TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU?"

Dalam kenyataan berasingan, ibu remaja itu berkata "kehidupan saya tunggang terbalik pada hari (anak saya) memberitahu saya tentang penderaan seksual itu."

Ibu mangsa berkata beliau masih sukar menerima "pengkhianatan, rasa bersalah dan kekecewaan" yang dialami.

"Mana mungin saya tidak menyedari semua petandanya? Mana mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku... di rumah saya sendiri?"

Lelaki tersebut bebas dengan ikat jamin S$150,000 sambil menunggu rayuannya didengar mahkamah.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan