Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki S'pura maut dalam nahas di New Zealand

Seorang lelaki rakyat Singapura maut dalam nahas kereta di New Zealand pada tengah hari Isnin (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura maut dalam nahas di New Zealand

Kemalangan maut itu berlaku di Ruatapu Road di South Island, New Zealand. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 05:56PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 05:57PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura maut dalam nahas kereta di New Zealand pada tengah hari Isnin (11 Dis).

Menurut kenyataan oleh polis New Zealand, dua kereta berlanggar di 'State Highway 6' di Ruatapu Road sejurus selepas 12.00 tengah hari pada Isnin. Kemalangan tersebut berlaku berhampiran Hokitika di South Island.

"Pemandu salah sebuah kereta itu meninggal dunia manakala dua lagi individu mengalami kecederaan ringan," dedah polis.

Laman berita tempatan Stuff.co.nz pada Selasa melaporkan pemandu yang maut itu adalah lelaki rakyat Singapura.

"Dua kereta itu kelihatan seperti bertembung, dengan salah sebuah kenderaan itu melintasi garisan tengah," menurut Sarjan Andrew Lyes yang dipetik dari laporan tersebut.

"Siasatan nahas ini diteruskan."

Mediacorp sudahpun menghubungi Kementerian Ehwal Luar Singapura untuk mendapatkan butiran lanjut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan