Images
  • handcuff (1)
    Gambar hiasan.

Lelaki S'pura didakwa cabul 3 budak lelaki di Batam

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura ditangkap di Batam, Indonesia kerana didakwa mencabul tiga budak lelaki.

Lelaki berusia 46 tahun itu disyaki mencabul tiga budak lelaki - berusia 12, 15 dan 16 tahun - di sebuah galeri seni di mana dia mengajar dan tinggal bulan lepas, lapor The Jakarta Post semalam (12 Okt).

Lelaki itu diberkas semalam selepas ibu bapa salah seorang mangsa membuat laporan polis, tambah The Jakarta Post.

"Dia juga menawarkan wang kepada mangsa," kata ketua polis Batam, Komander Kanan Hengky kepada akhbar tersebut.

Beliau menambah, lelaki itu sudah tinggal di Batam selama lebih tiga tahun dan tempoh itu melebihi visa yang diluluskan.

Menurut pihak polis Batam, suspek juga memberitahu penyiasat bahawa dia bekerja sebagai pekerja bebas dan pemandu.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda sehingga S$500,000, tambah The Jakarta Post.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top