Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki maut setelah jatuh dari tingkat empat Orchard Central

Seorang lelaki meninggal dunia di Orchard Central pada Jumaat (24 Feb), setelah beliau dilaporkan jatuh dari belebas (ledge) di tingkat empat bangunan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut setelah jatuh dari tingkat empat Orchard Central

Orang ramai mengelilingi seorang lelaki di Orchard Central setelah beliau dilaporkan terjatuh dari tingkat empat bangunan itu.

Diterbitkan : 24 Feb 2017 07:38PM Dikemas Kini : 24 Feb 2017 09:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di Orchard Central pada Jumaat (24 Feb), setelah beliau dilaporkan jatuh dari belebas (ledge) di tingkat empat bangunan itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan bahawa seorang lelaki dihantar ke Hospital Tan Tock Seng. Ia turut diberitahu tentang insiden tersebut pada sekitar 4.05 petang. 

Remaja itu sedang mengambil gambar rakan-rakannya apabila telefon bimbitnya terlepas. Beliau sedang mencuba mengambilnya dari belebas itu di mana remaja itu kemudian terjatuh. 

Terdapat kesan darah di lantai dan lelaki tersebut juga seperti dalam keadaan tidak sedar, menurut seorang saksi.

"Ramai orang cuba untuk melakukan CPR ke atasnya. Mereka mencuba berulang kali selama sekurang-kurangnya 15 minit," kata Devi Rajaram yang berada di tempat kejadian. "Lelaki itu tidak bergerak pun."

Beliau turut menambah bahawa terdapat serpihan "keputihan" di lantai itu.

Kawasan itu sudahpun dikepung.

Sumber : CNA/TODAY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan