Images
  • bird
    Seorang lelaki ditangkap kerana pecah masuk dan curi empat ekor burung. (Gambar fail: AFP/Frederic J Brown)

Lelaki ditangkap pecah rumah, curi 4 burung bernilai S$2,000

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap atas tuduhan pecah masuk sebuah unit dan mencuri empat ekor burung yang bernilai sekitar S$2,000.

Ini menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada malam semalam (18 Mei).

Polis menerima aduan mengenai pecah masuk yang berlaku di sebuah unit di Sungei Tengah Road pada Sabtu lalu.

Para pegawai dari Divisyen Polis Jurong menangkap suspek di Potong Pasir Avenue 1 pada Rabu.

Pihak polis juga menjumpai semula burung-burung yang dicuri itu.

Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan pecah masuk dan mencuri.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan didenda. 

- CNA/ns

Top