Images
  • police car
    Gambar fail kereta polis di Singapura.

Lelaki disiasat kerana buat aduan palsu dirinya dirompak

SINGAPURA: Seorang lelaki disiasat kerana membuat aduan polis yang palsu di mana dia mendakwa dirinya dirompak, menurut polis hari ini (13 Ogos).

Lelaki yang berusia 50 tahun itu membuat aduan kelmarin sekitar 10.50 pagi.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media, lelaki itu mendakwa dirompak S$280 di Ang Mo Kio Avenue 3.

Setelah melakukan siasatan, polis mendapati aduan lelaki itu tidak konsisten dan kemudian mengesahkan dia memberi maklumat palsu.

Siasatan masih dijalankan, menurut SPF. Sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu kepada seseorang penjawat awam boleh dipenjara sehingga setahun, didenda maksimum S$5,000 atau kedua-duanya. 

- CNA/RU/ru

Top