Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara dan sebat kerana serang secara seksual anak saudara berusia 13 tahun

Lelaki itu melakukan perkara tidak elok dan menyentuh bahagian-bahagian sulit remaja itu semasa mereka berseorangan di rumahnya pada 10 Feb 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara dan sebat kerana serang secara seksual anak saudara berusia 13 tahun

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 22 May 2017 09:57PM Dikemas Kini : 22 May 2017 09:59PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 45 tahun hari ini (22 Mei) dijatuhi hukuman penjara 21 bulan dan disebat empat kali kerana menyerang secara seksual anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun .

Lelaki itu melakukan perkara tidak elok dan menyentuh bahagian-bahagian sulit remaja itu semasa mereka berseorangan di rumahnya pada 10 Feb 2014.

Semasa perbicaraan, remaja itu berkata dia pernah terfikir untuk membunuh diri daripada memberitahu ibu bapanya atau berterusan menjadi mangsa.

Akhirnya, dia memberitahu perkara itu kepada seorang guru.

Selepas insiden itu, dia juga mencederakan dirinya sendiri selama beberapa bulan dan mengalami simptom-simptom berkaitan dengan gangguan tekanan trauma, menurut seorang pakar psikiatrik.

Peguam lelaki itu N Kanagavijayam berkata anak guamnya akan mengemukakan rayuan terhadap pendakwaan dan hukumannya.

Atas kesalahan mencabul kehormatan dengan teruk, lelaki itu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan disebat. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan