Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijumpai mati di landasan stesen LRT Fajar

Seorang lelaki ditemui mati di landasan LRT berhampiran stesen Fajar awal pagi Jumaat (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 11:09AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 09:49PM

SINGAPURA: Seorang lelaki ditemui mati di landasan LRT berhampiran stesen Fajar awal pagi Jumaat (24 Mac).

Dalam kenyataan emel, SMRT menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai mayat yang dijumpai di landasan Stesen LRT Fajar setelah khidmat kereta api terakhir meninggalkan platform tersebut pada sekitar 1.00 pagi awal Jumaat.

"Polis dan SCDF diberitahu dengan segera dan tiba di tempat kejadian sejurus kemudian," dedah SMRT.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp bahawa ia dimaklumkan tentang insiden tersebut pada sekitar 1.05 pagi Jumaat dan mengerahkan sebuah kereta bomba dan sebuah ambulans ke tempat kejadian.

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang berada di tempat kejadian, menurut SCDF.

Polis turut dihubungi untuk mendapatkan komen.

SMRT didenda jumlah rekod S$400,000 pada Februari atas kelemahan keselamatan yang menyebabkan kematian dua kakitangannya.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan