Images
  • landak
    Seorang lelaki didenda kerana pelihara dan jual landak kecil. (Gambar: Thomas Peters/Reuters)

Lelaki didenda $2,200 kerana pelihara, jual landak kecil secara haram

SINGAPURA: Seorang lelaki yang memelihara sekurang-kurangnya lima ekor landak kecil secara haram didenda S$2,200.

Ini menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Khamis (18 Mei).

Raymi Thye Mustafa, 24 tahun, didenda S$1,000 kerana memelihara seekor landak kecil secara haram dan lagi S$1,200 kerana cuba menghalang siasatan polis.

Empat lagi tuduhan melibatkan beberapa landak kecil yang lain turut dipertimbangkan.

Dalam satu kenyataan media, AVA menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai penjualan seekor landak kecil di laman Gumtree pada 10 Januari tahun ini.

AVA menambah haiwan hidupan liar seperti landak kecil tidak dibenarkan untuk disimpan sebagai haiwan peliharaan di Singapura.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penjualan hidupan liar boleh menghubungi AVA di talian 6805 2992.

Segala maklumat yang dberikan kepada AVA akan dirahsiakan. 

- CNA/ns

Top