Images
  • handcuff
    Gambar hiasan. 

Lelaki dicekup kerana curi 4 komputer riba dari gereja Telok Blangah

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas kerana didakwa mencuri empat komputer riba dari sebuah gereja di Telok Blangah Road, menurut polis dalam kenyataan media hari ini (19 Mac).

Kecurian itu disedari oleh seorang kakitangan gereja yang melaporkan kehilangan komputer-komputer riba tersebut kepada polis pada sekitar 2.00 petang pada Sabtu.

Empat komputer riba yang hilang itu dianggarkan bernilai lebih S$4,000 secara keseluruhan.

Para pegawai polis mengenal pasti suspek berkenaan dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan menangkapnya di Maritime Square pada sekitar 4.40 pagi tadi.

Dia akan didakwa di mahkamah esok (20 Mac). Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

- CNA/im

Top