Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dicekup cabul kehormatan wanita dalam kereta api di Yishun

Seorang lelaki yang berusia 27 tahun ditangkap pada Rabu (19 Jul) atas tuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dicekup cabul kehormatan wanita dalam kereta api di Yishun

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 07:12AM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 07:14AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang berusia 27 tahun ditangkap pada Rabu (19 Jul) atas tuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam kereta api.

Polis mendedahkan dalam kenyataannya bahawa seorang wanita yang berusia 32 tahun membuat aduan pada 8.30 pagi pada Rabu, bahawa beliau dicabul dalam kereta api semasa dalam perjalanan di Yishun Ave 2.

Para pegawai kemudian memberkas suspek berkenaan apabila dia turun di stesen MRT Ang Mo Kio.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Khamis.

Sesiapa yang disabit kesalahan atas tuduhan mencabul kehormatan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, atau disebat.
 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan