Images
  • cashcard
    Polis menerima beberapa aduan kecurian CashCard antara Oktober 2017 dengan November 2017. (Gambar: SPF)

Lelaki curi CashCard dari IU kereta di Woodland ditangkap

SINGAPURA: Seorang lelaki ditangkap semalam (5 Dis) kerana didakwa mencuri CashCard daripada unit dalam kenderaan (IU) pada motosikal-motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan bertingkat di Woodlands, menurut polis.

Polis menerima beberapa aduan kecurian CashCard antara Oktober 2017 dengan November 2017.

Divisyen Polis Jurong kemudian menjalankan siasatan dan menggunakan rakaman kamera polis untuk mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya di Woodlands Square.

Polis turut merampas CashCard yang ditemui bersama-sama suspek semasa penangkapan tersebut.

Suspek berkenaan akan dituduh esok (7 Dis) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Demi mengelak kecurian daripada kenderaan, Pasukan Polis Singapura menasihati pemilik kenderaan supaya mengambil langkah-langkah berjaga seperti berikut:

- Pasang sistem penggera anti-kecurian

- Jangan tinggalkan barang-barang berharga seperti duit dan telefon bimbit dalam kenderaan

- Kunci pintu dan menutup tingkap kenderaan

- Letakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang terang

- Hubungi polis apabila ternampak individu yang mencurigakan  

- CNA/SM/sm

Top