Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki cedera diserang babi hutan di Hillview Road

Seorang lelaki yang berusia 40-an tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital setelah diserang seekor babi hutan di sebuah perhentian bas di Hillview Road pagi tadi (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cedera diserang babi hutan di Hillview Road

(Gambar: Brianna Degaston/Twitter) Photo: Brianna Degaston/Twitter)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 12:00PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 02:51PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang berusia 40-an tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital setelah diserang seekor babi hutan di sebuah perhentian bas di Hillview Road pagi tadi (19 Okt).

Cik Olga, seorang pakar penjualan yang berusia 30 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa beliau sedang berjalan menuju ke stesen MRT dengan suaminya sekitar 8.30 pagi apabila beliau ternampak serangan itu.

"Saya ternampak seekor haiwan - saya fikirkan ia hanya seekor anjing yang besar dengan pemiliknya - tetapi dalam dua atau tiga saat, haiwan itu mula menyerang lelaki itu dan beliau terjatuh dan menjerit. Beliau benar-benar dalam kesakitan," katanya.

Cik Olga bergegas bersama suaminya untuk menolong lelaki itu. Seorang lelaki lain turut membantu dengan menggunakan rotan buluh dari keretanya dan memukul babi hutan itu. "Ia berjaya membuat babi hutan itu lari daripada tempat itu," jelas Cik Olga.

Babi hutan itu kemudian dilanggar bas, tambahnya.

Seorang lelaki menghentikan keretanya dan membawa kit bantuan kecemasan yang digunakan Cik Olga dan suaminya bagi merawat lelaki yang cedera itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang insiden yang berlaku di luar 25 Hillview Avenue pada 8.43 pagi dan mengerahkan sebuah ambulans. Lelaki itu mengalami "luka dan bengkak-bengkak" di kedua-dua kakinya, menurut SCDF, yang turut menambah bahawa mangsa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar.

Insiden ini berlaku menyusuli satu siri insiden yang melibatkan beberapa babi hutan di Singapura.

Sebelum ini, dua orang cedera pada bulan September ekoran kemalangan yang melibatkan babi hutan di Ekspreswe Ayer Rajah . Sehari kemudian, tiga lagi cedera dalam kemalangan yang serupa di Lentor Avenue.

Seorang wanita juga diserang babi hutan pada Julai tahun ini dan memerlukan 60 jahitan bagi kecederaan yang dialami pada kaki kanannya ekoran insiden di sebuah taman di kawasan Upper Thomson. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan