Images
  • cnb 1310
    Dadah suspek di Sembawang dirampas pihak CNB. (Gambar: Central Narcotics Bureau)

Lelaki 52 tahun antara 95 suspek diberkas CNB dalam operasi tiga hari

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas 95 suspek pesalah dadah dalam operasi merata negara selama tiga hari berakhir hari ini 13 Oktober, menurut CNB dalam satu kenyataan media hari ini.

Operasi ini disokong Pasukan Polis Singapura (SPF) dan dilakukan di pelbagai tempat termasuk Ang Mo Kio, Geylang, Hougang, Sembawang, Simei, Tampines, Toa Payoh dan Yishun.

Hasil daripada serbuan itu para pegawai merampas sekitar 371g heroin, 93g 'Ice' dan 105g ganja.

Seorang pengedar dadah diberkas di Sembawang.

Dalam serbuan pada 9 Okober, seorang warga Singapura berusia 52 tahun ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di kawasan tempat tinggalnya di Sembawang Drive. Dua paket heroin ditemui dari suspek. Pegawai juga menemui beg yang dibuang suspek semasa dia cuba mengelakkan diri daripada diberkas. Beg tersebut mengandungi kira-kira 92g heroin.

Suspek kemudian dibawa ke tempat kediamannya di mana para pegawai menemui 151g heroin dan 54g 'Ice'.

Suspek juga dibawa ke sebuah lagi tempat persembunyiannya di unit yang yang sama. Pegawai CNB menemui 17g heroin, 29g 'Ice', tiga alat penimbang berat digital dan satu peralatan untuk menghisap dadah.

Secara keseluruhannya dadah yang dirampas dari suspek ditaksirkan bernilai lebih S$35,000.

Siasatan sedang dijalankan ke atas semua suspek yang diberkas. 

- BERITAMediacorp/AQ/aq

Top