Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 38 tahun diberkas atas kesalahan pengubahan wang haram

Hukuman maksimum bagi kesalahan pengubahan wang haram adalah penjara selama 10 tahun dan denda sehingga S$500,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 38 tahun diberkas atas kesalahan pengubahan wang haram

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 10:39PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 10:40PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun akan didakwa di mahkamah esok (13 Sep) atas kesalahan pengubahan wang haram.

Ini selepas dia didakwa menipu para mangsa secara online dan memudahkan pemindahan wang ke luar Singapura.

Kesalahan-kesalahan itu dilakukan pada April dan Mei, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek menyuruh lima mangsa penipuan online untuk memindahkan wang bernilai S$36,000 kepada pelbagai akaun bank.

Dia kemudian bertindak sebagai keldai wang, memindahkan wang keluar dari Singapura seperti diarahkan seorang rakannya di Malaysia, tambah polis.

Suspek diberkas pada 22 Mei di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Bagi kesalahan menipu untuk menerima harta benda dicuri, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda, jika didapati bersalah.

Hukuman maksimum bagi kesalahan pengubahan wang haram adalah penjara selama 10 tahun dan denda sehingga S$500,000. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan