Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 35 tahun dicekup disyaki kumpul bahan lucah perempuan bawah umur

Polis memberkas seorang lelaki 35 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes mengumpul bahan lucah yang dilakukan gadis bawah umur. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 35 tahun dicekup disyaki kumpul bahan lucah perempuan bawah umur

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki 35 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes mengumpul bahan lucah yang dilakukan gadis bawah umur.

Antara 16 hingga 18 Ogos, Polis menerima beberapa laporan mengenai iklan di laman web Carousell dan Locanto yang menawarkan untuk membeli video-video rakaman bawah skirt pelajar perempuan.

Para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin menlakukan siasatan meluas dan berjaya mengenal pasti suspek. Dia diberkas semalam (19 Ogos). Dua komputer riba dan cakera keras antara barangan yang dirampas bagi siasatan lanjut.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak lebih dari S$10,000 atau dipenjara tidak lebih dari lima tahun, atau kedua-duanya.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan